Taranum

Thanks

Thanks
Terima kasih Banyak

03 Desember 2007

Pantun

 

PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga  boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Khasiat KEntut

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak  masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan  Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan
laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai  faedah kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti  
sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis, sakit jantung dan lain lain. 
"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit
disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit
serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan  itu," kata seorang doktor yang
bertugas dengan Pusat  Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya  menambah khasiat
untuk kesihatan orang lain.  Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap  tahun
kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250  kes angin ahmar,30,000 lelah dan
50,000 kes sakit  telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,  kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.  Menurut  laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23  kali sehari.
Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat  Ingatlah orang-orang yang tersayang!!
                           Tapi jgn kentut dekat I ye sebab I lebih rela sakit dari hidu kentut korang